counter.bloke.com

MINDA MINGGUAN MINGGU KE 15

BENARKAH UMNO MASIH PEMBELA AGAMA?

Peristiwa yang menghiris hati umat Islam berlaku lagi. Jika 'agama' Islam dipersalahkan atas melebarkan perpecahan umat Melayu, pemimpin UMno terus mencabul maruah agama dengan harga yang murah dan mementingkan ganjaran duit semata!!!

Mari kita perhatikan amaran Allah yang dipetik dari Al-Quran seperti berikut:

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikut sebahagian orang-orang yang telah diberikan kitab (Yahudi dan Nasrani), nescaya mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman".

"Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan di hadapan kamu dan RasulNya pula berada di tengah-tengah kamu? Barang siapa yang berpegamg teguh kepada agama Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi pentunjuk jalan yang lurus". (ayat 100 -101 Ali Imran)

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). Dan sesungguuhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka (Yahudi dan Nasrani) setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan menjadi penolong dan pelindung bagimu". (120 -Al-Baqarah)

Peristiwa menggadaikan sebuah Komples Sukan kepunyaan Renong Berhad (saham dimiliki oleh UMno) adalah satu bukti kepada umat Islam bahawa mereka lebih mementingkan wang dan agenda politik dari mempertahankan maruah dan imej agama yang semakin ditindas.

Walau isu ini akan menjadi sensitif jika kita tidak pandai menanganinya, namun adalah jelas kepada umat Islam perbuatan UMno dan kepimpinannya tidak boleh dimaafkan dan perasaan umat Islam semakin terhiris dengan peristiwa itu.

Memang perbilangan agama dan kebebasan memilih agama menjadi amalan di negara kita. Ia juga termaktub dalam perlembagaan negara juga perlembagaan hidup orang Islam iaitu Al-Quran sendiri. Tetapi umat Islam dilarang keras membantu perkembangan agama lain setelah mereka beriman kepada Allah. Sedangkan perbuatan menjual sebuah bangunan kepada orang kafir yang menjalankan aktiviti pengembangan agama boleh disama ertikan dengan melakukan sendiri perkembangan agama itu.

Dalam ertikata sebenar, bahawa UMno turut mendapat pelaburan 'saham' akibat dari aktiviti perkembangan ugama Katholik yang berlaku. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan! UMno sudah keterlaluan!!!

Justeru itu umat Islam perlu mengambil inisiatif dan merenung kembali peringatan dan amaran Allah dalam hal ini. Kita tidak boleh berpeluk tubuh dan merelakan segalanya berlaku 'atas tiket perpaduan' dan keamanan. Jika sudah sampai tahapnya, umat Islam diwajibkan memerangi golongann kufar yang memperlekehkan agama mereka sendiri.

Maklumat yang tepat dan sebenar mesti disampaikan kepada umat Islam di negara ini demi memelihara dari penghapusan umat Melayu akibat pendurhakaan mereka kepadaa Allah sebagaimana peristiwa penghapusan umat terdahulu.

Ulama mesti terus berperanan memimpin umat Islam di atas 'jalan yang lurus' dan umat Islam sendiri perlu merapatkan diri dalam jemaah mereka kerana semboyan jihad sudah bermula. Pengabaian amaran Allah memungkinkan 'bala' yang turun tidak berhenti sehingga terhapusnya umat Melayu dari muka bumi ini. Nilai sedemikian sudah mula menampakkan diri setelah umat Melayu hidup 'terawang-awang' dalam kesesatan budaya dan cara hidup yang dianjurkan oleh pimpinan yang terang-terangan menolak agenda perlaksanaan hukum hudud dan syariat Islam sebenarnya.

Jika situasi yang tergambar adalah sedemikian, maka bagaimana pendirian anda tentang persoalan 'bagaimanakan UMno seharusnya ditumbangkan?'

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat